“Hutan tempat permainan kami, sedia bantu jika ada orang susah” – Sukarelawan Orang Asli
2026-06-08
HaiPress

Bah Roslan Bah Selpok (kiri),Nazri Bah Eng,Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (Hal Ehwal Masyarakat Orang Asli) Chew Ho Beng dan Tok Batin Muhammad Asmadi
Abdullah/Foto RTM
KUALA LUMPUR,8 Jun –Misteri kehilangan pendaki wanita,Jaslinda Saludin,telahpun terungkai setelah ditemui selamat berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Baharu,Tapah pada petang Sabtu lalu.
Selepas hampir dua minggu bersabung nyawa dalam hutan setelah hilang ketika menyertai Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Gunung Batu Putih,kisah survival Jaslinda kini menjadi simbol kekuatan dan semangat kemanusiaan.RINGKASAN BERITA AI−Lokasi pencarian melibatkan 15 sukarelawan Orang Asli dibahagikan mengikut pengalaman mereka serta laluan asal pendaki dan di denai lain yang berkemungkinan akan dilalui Jaslinda,” jelasnya kepada RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.Operasi SAR melibatkan pelbagai agensi dijalankan selama 14 hari Jaslinda hilang.Menurut Chew,sukarelawan Orang Asli membantu pada tiga hari terakhir sebelum Jaslinda ditemukan.“Ini membuktikan bahawa kepakaran masyarakat Orang Asli tidak boleh di pandang sebelah mata.Masyarakat Orang Asli mungkin kurang dari segi pendidikan formal tetapi kami ada sesuatu yang boleh disumbangkan. Hutan ini tempat permainan kami sejak kecil dan bila diperlukan kami sentiasa bersedia membantu,” katanya kepada RTM.Menceritakan kembali detik penemuan mangsa,Bah Roslan Bah Sulpok berkata ketika itu dia bersama adik saudaranya,Nazri Bah Eng keluar memancing.“Saya nampak Jaslinda dekat jambatan masa memancing. Dia masa itu lemah,macam merangkak,jalan pun susah. Lepas itu dia minta tolong dan saya suruh anak panggil orang kampung,” menurutnya.“Kami tengok muka dia memang sama macam yang tersebar dalam telefon bimbit. Lepas jumpa,kami terus maklumkan kepada orang kampung dan hubungi pihak berkuasa. Rasa gembira sebab selepas 15 hari dia masih hidup,” jelas Nazri lagi.Jaslinda kemudian dibawa ke rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu,Muhammad Asmadi Abdullah untuk diberikan bantuan awal sementara menunggu pasukan keselamatan tiba.“Bila jumpa dia memang lapar dan lemah. Kami bagi kopi,makanan dan rehatkan dia di rumah saya. Dia tanya tentang daun dan cendawan yang dia bawa,saya beritahu jangan makan sebab boleh meragut nyawa,” jelas Tok Batin Muhammad Asmadi.Bagi penduduk kampung,penemuan Jaslinda bukan sekadar satu operasi menyelamat yang berjaya,tetapi juga membuktikan nilai kerjasama antara masyarakat setempat,pasukan keselamatan dan sukarelawan dalam situasi mencabar.