Gempa bumi Mindanao: Kakitangan Wisma Persekutuan Tawau kongsi detik cemas

2026-06-08 HaiPress

Anggota bomba Tawau sedang melakukan pemeriksaan di bangunan Wisma Persekutuan Tawau sementara kakitangan kerajaan berkumpul di bawah bangunan pagi tadi/Foto Bomba Tawau

TAWAU,8 Jun – Suasana pagi di Wisma Persekutuan Tawau bertukar cemas seketika apabila bangunan dan perabot bergegar selama beberapa saat susulan gempa bumi kuat yang melanda Mindanao,Filipina pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,Pengerusi Bangunan Wisma Persekutuan,Amir Kanje berkata gegaran yang dirasai berlaku selama beberapa saat dan tidak terlalu kuat.

Bagaimanapun katanya,penghuni bangunan tetap diminta bersiap siaga serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Pada pagi tadi sekitar pukul 7:40 pagi berlaku gegaran selama beberapa saat. Pihak bomba juga mengeluarkan arahan supaya semua penghuni bangunan sentiasa bersedia dan berjaga-jaga,” katanya.

Seorang lagi kakitangan,Julkipli Lahapi berkata gegaran turut dirasai di tingkat empat dan lima di beberapa jabatan kerajaan.

Gegaran dirasai di Jabatan Farmasi,Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Pendidikan yang beroperasi di bangunan berkenaan.

Susulan kejadian itu,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan pemeriksaan keselamatan di Wisma Persekutuan Tawau sebelum mengesahkan bangunan tersebut selamat untuk diduduki.

Tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menamatkan nasihat tsunami di Sabah pada pukul 12 tengah hari tadi.

Pagi Isnin,siren amaran awal tsunami dibunyikan di empat kawasan pantai timur Sabah sebagai langkah kesiapsiagaan.

Kawasan yang terlibat ialah Tawau,Semporna,Kunak dan Lahad Datu yang dijangka berdepan kesan gelombang tsunami antara pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.