Ekonomi penjagaan perlu jadi agenda strategik negara – Nancy Shukri

2026-06-08 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,8 Jun – Ekonomi penjagaan perlu diiktiraf sebagai agenda strategik negara bagi menyokong penyertaan tenaga kerja,meningkatkan produktiviti serta memperkukuh daya tahan ekonomi dan sosial negara dalam jangka panjang.

RINGKASAN BERITA AI

Jelasnya,sebahagian besar tanggungjawab penjagaan masih dilaksanakan secara tidak formal dalam lingkungan isi rumah dan keluarga.

“Walaupun kerja penjagaan dan kerja domestik tanpa bayaran secara tradisinya kurang diberi pengiktirafan dalam ukuran ekonomi konvensional,kesannya terhadap penyertaan tenaga kerja,produktiviti dan daya tahan ekonomi kini semakin sukar untuk diketepikan,” ujarnya ketika berucap pada Program Meja Bulat Ekonomi Penjagaan ABAC Malaysia 2026 di ibu negara,hari ini.

Tambah Datuk Seri Nancy lagi,kajian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia menganggarkan nilai kerja penjagaan dan kerja domestik tanpa bayaran mencecah RM379 bilion setahun,hampir menyamai keseluruhan sektor pembuatan negara.

Selain itu,kira-kira 3.2 juta rakyat Malaysia,majoritinya wanita,berdepan kekangan untuk menyertai tenaga kerja sepenuhnya akibat tanggungjawab penjagaan keluarga.

Peningkatan akses kepada sistem penjagaan yang lebih mampan dan dipercayai berpotensi menyumbang kira-kira RM77 bilion setahun kepada ekonomi negara atau bersamaan lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.