2026-06-06
HaiPress

FOTO REUTERS
ALBANY,6 Jun – Aktiviti riadah sebuah keluarga bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat kecederaan parah selepas diserang seekor jerung sepanjang 4.5 meter di Pulau Michaelmas,di sini pada Sabtu (6 Jun).
RINGKASAN BERITA AI
−
Insiden terbaharu itu merupakan serangan jerung maut yang ketiga dilaporkan di Australia dalam tempoh hanya tiga minggu.
Pada 24 Mei lepas,seorang lelaki berusia 39 tahun maut diserang haiwan pemangsa itu ketika memancing di Great Barrier Reef,selang 10 hari selepas seorang lelaki berusia 38 tahun maut dibaham jerung di sebuah pulau berhampiran Perth.-REUTERS