Konflik geopolitik: PBB gesa hentikan perang hormati hak pelayaran di Selat Hormuz

2026-04-03 HaiPress

Anggota polis Houthi berkawal dengan senjata api automatik ketika perhimpunan solidariti menyokong Iran di Sanaa,Yaman/Foto REUTERS

NEW YORK,3 April — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),Antonio Guterres menggesa semua pihak menghentikan konflik di Asia Barat yang kini memasuki minggu kelima.

RINGKASAN BERITA AI

“Konflik tidak akan berakhir dengan sendirinya. Ia hanya akan berakhir apabila pemimpin memilih dialog berbanding kemusnahan,” katanya.

Ketegangan di Asia Barat meningkat sejak 28 Februari lalu susulan operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran,ketika rundingan diplomatik berkaitan program nuklear dan peluru berpandu Iran masih berlangsung.

Iran kemudiannya bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas sasaran Amerika Syarikat dan Israel di rantau itu,selain laporan letupan di beberapa negara Teluk.

Pemimpin Tertinggi Iran,Ayatollah Ali Khamenei juga terbunuh dan digantikan oleh anaknya,Mojtaba Khamenei.

Konflik turut merebak ke Lubnan apabila kumpulan Hizbullah dilaporkan terlibat sebagai tindak balas terhadap perkembangan tersebut. – VIORY

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.